Mision, Vision & History / Misi, Visi & Sejarah
Mission / Misi
To promote creativity and awareness of the Malay Arts and History.
Untuk menyemarakkan daya pemikiran kreatif serta kesedaran dalam Sejarah dan Budaya Melayu.
Vision / Visi
To expose and catalyse talents in the performing arts.
Untuk mengetengahkan dan mengasah bakat-bakat dalam seni pementasan.
History / Sejarah
Dongengan benar. Dipentaskan di khalayakmu.
Agar dapat mengimbas erti sebenar kehidupan di pentas dunia.
Siapakah kamu, wahai Sang Singa Purba?
Sejarah kami bermula sempena pertandingan Pentas Pujangga yang telah dianjurkan oleh Persatuan Bahasa Melayu Universiti Kebangsaan Singapura (PBMUKS). Politeknik Singapura (SP) merupakan salah satu institusi yang telah diundang untuk menyertai pertandingan tersebut.
Oleh sebab tiada wujudnya satu pun kumpulan drama Melayu di Politeknik Singapura pada waktu itu, beberapa orang anggota dari Persatuan Bahasa Melayu Politeknik Singapura (SPMLS) telah berusaha untuk mengumpulkan pelajar-pelajar yang berbakat atau berminat dalam seni pementasan untuk menubuhkan sebuah kumpulan bagi mewakili Politeknik Singapura dalam pertandingan tersebut.
Antara perintis kumpulan ini ialah Firdaus (selaku ketua), Zalinah (selaku pengarah) serta Humairah (selaku pegawai pentadbir). Pada tanggal 8 November 2003, kumpulan seni pementasan Melayu di SP yang baru sahaja ditubuhkan itu telah diberi nama SANG SINGA PURBA yang kini lebih mudah dikenali sebagai SSP. [Untuk senarai penuh perintis-perintis SSP, sila kunjungi pautan ini: Senarai ahli SSP sejak 2003]
Pada 24 Januari 2004, Sang Singa Purba telah membanggakan Politeknik Singapura dengan memenangi tiga pingat dalam pertandingan Pentas Pujangga. Disebabkan permulaan yang sungguh baik, semangat yang membara terhadap seni pementasan, saat-saat indah serta kenangan pahit manis yang telah dilalui bersama, beberapa ahli perintis SSP terus berusaha untuk mengekalkan kewujudan kumpulan ini. Sehingga kini, semangat Sang Singa Purba terus membara.
Sang Singa Purba
{pentaskan_dongengmu}
The humble journey of SANG SINGA PURBA began with the participating of our first competition ‘Pentas Pujangga’ herald by National University of Singapore Malay Language Society (PBMUKS). Singapore Polytechnic (SP) was one of the Institutions that were invited to join the prestige Malay Theatre Competition.
For the reason that there was no Malay Drama Group from Singapore Polytechnic at that very period, came together a bunch of Theatre Enthusiast, Malay Poets and Dancers from all walks of life. This came into place with the help of the present Malay Language Society of Singapore Polytechnic (SPMLS) who gathered the various talents and pioneered the birth of A Malay Theatre Arts Group with the initials of Singapore Polytechnic (SP) as part of its name. Hence the name ‘Sang Singa Purba’ (SSP) which translated from its Sanskrit/Bahasa medium means The Ancient Lions.
It was named so, due to the fact that the theme of ‘Pentas Pujangga’ that year was on Malay Ancient Theatre Form (‘Purbawara’). The public started referring us as Sang Singa Purba after that very competition where we displayed our unique artistic style that garnered attention and crowned us not only Champion, but Most Creative Award & Best Director Award.
The Pioneers involved in building the foundations of Sang Singa Purba were Md Firdaus Jamaluddin (Head), Siti Zalinah Adam (Director) & Humairah Tulmiti (Administration). With spirits soaring high after our triple winning, these pioneers and active members decided to work hard to keep the existence of Sang Singa Purba, also well known now as S.S.P